Hatiku Kecewa :')
Thursday, 21 March 2013 | Thursday, March 21, 2013 |
0 Sista/Bro
gambar tiada kaitan langsung. hehe, renung-renung kan
Assalamualaikum semua. Semalam bersamaan 21 March 2013 keputusan SPM 2012 telah diumumkan. Ada yang bergembira, ada yang berduka, namun ada yang tiada apa-apa. Hmmm, semalam aku pergi ke sekolah lamaku, iaitu Sekolah Menengah Teknik Gombak untuk mengambil result. Dalam perjalanan hendak ke sekolah ku, aku ni gatal tangan sikit. Disebabkan aku tak sabar nak tahu keputusan SPM ku, aku pun check la result aku melalui sms.
Ketika dalam perjalanan, sms telah diterima. Dengan perasaan gemuruh + gementar, aku membuka sms itu dengan pejam mata. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, aku membuka mata ku perlahan-lahan untuk melihat keputusan aku. Hmm, keputusan aku agak menyedihkan. Ketika sampai je di sekolah aku, 'mood' aku telah hilang akibat tersentap melihat result aku. Di sekolah, aku tak berjumpa kawan-kawan ku, sebab time tu semangat memang down giler :(
Ketika kaunter kelas aku dibuka, aku pergi la mengambil result. Dengan muka yang selamba, aku pergilah mengambil result yg aku dah tau dah bagaimana rupanya. Aku sedihh. Akuu sedihhh. Aku menangis seketika dalam hatiku. Aku fikir-fikir balik. Bukan mudah nak dapatkan keputusan yang macam aku ni walaupun ada kawan-kawan kita yg lain tiada A mahupun ada subjek yang gagal dalam SPM. Aku tersenyum seketika.
Walaupun hatiku agak sedih ketika itu, namun aku tidak luahkan dengan air mata. (SAYA OKEY. SAYA DAH BESAR). Aku ni jenis yang suka memendam perasaan. Perasaan sedih je la okay? Kalau satu benda tu aku tak suka, aku akan cakap direct je. Sebab mulut aku ni takde insurans. Hehe >.<
Dengan result yang aku peroleh ini, di mana aku akan dapat sambung pelajaran? Mampukah aku? Aku takut aku tumbang sekali lagi :'( Kata orang, "GAGAL sekali, tidak bermakna anda GAGAL selamanya". YE DOK? Namun, selepas ini, aku harus tingkatkan usaha n cuba ubahkan perangai ini,. Aku ni, seorang yang tak serius n suka main-main. Seriously aku cakap. Tapi, dalam bab percintaan, aku akan bersungguh-sungguh. Hehe. Ok la. Itu je la yang saya nak kongsi kali ni.