Blog Yusri Punya
Salam Takziah #PRAYFORMH17
Nahas MH17 Terhempas di Ukraine
iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Tuesday 12 August 2014 | Tuesday, August 12, 2014 | 1 Sista/Bro

Assalamualaikum semua. Haaaa, lama sudah saya tak berblogging kan ? Ye la, mana tak nya. Saya kan baru habis matrikulasi pada bulan lima yang lalu. Sedang-sedang berblogwalk, tetiba terdetik hati hendak pergi ke blog http://denaihati.com.my/ Cuba layan video ni untuk seketika.




Haaaa, amacam. Ada rasa tergugat tak ? Heheh. Dah lama mengidam fon ni. Saya ternampak la blog tersebut mengadakan contest. Contest tersebut bertajuk Tiga iPhone 5S untuk dimilikiGila punya besar tajuk dia, takkan la saya tak terpikat. Hahaha


Waaahhh ! Tengok gambar je pun dah memikat hati. iPhone 5s gajet impian setiap blogger, hurmmmm. Benda FREE ? Kalau dengar je benda FREE , mesti ramai akan tertarik. Memang tipu la kan kalau orang nak bagi iphone 5s ni secara free korang akan tolak mentah-mentah macam tu je. Tapi tak de la pulak orang nak bagi free macam tu je. Kena la ada usaha titik peluh sikit. Kata orang, tak salah jika kita mencuba kerana Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala. Cewaaaahhh, berperibahasa pulak saya kali ni. Hehe

Saya rasa contest ni akan mendapat sambutan yang memberansangkan, jadi saya pun ingin turut serta dalam contest ni. Menang kalah adat pertandingan. Jadi, tak salah kalau kita mencuba right uolss ? :)

Di sini saya nak memberitahu anda 5 perkara anda perlu tahu sebelum anda membeli iPhone. Tak kiralah iPhone yang mana. 3gs ke,iPhone 4,4s dan yang terbaru iPhone 5 tu ke. Semua sama je. Jadi, sesiapa yang kepingin sangat nak beli iPhone baik korang fikir 2 3 4 kali sebelum nak membelinya. Termasuk juga pada diri saya yang teringin sangat dengan gajet keluaran Apple ni.
  1. iPhone tak boleh transfer MP3 dari telefon lain menggunakan bluetooth. Nak transfer fail gambar dan audio MP3 memang tak boleh. Ia memang benar kerana syarikat Apple terlalu sensitif pada hak cipta lagu yang dicipta oleh komposer, penulis lirik yang menulis lirik berbunga-bunga dan penyanyi yang menyanyikan lagu sampai hampir terkeluar anak tekak yang bersusah payah untuk mencari makan. Jika  ia mudah memindahkan lagu dari telefon lain, ia adalah piracy. Kenapa piracy? Perangai serupa lanun yang merompak di Lautan Hindi tu lah. Merompak je kerjanya. Yela. Mana tak marahnya bila orang penat berpeluh buang tenaga, wang dan masa mencipta lagu korang senang-senang je dapat lagu tu secara percuma. Manalah syarikat menjual album tak gulung tikar.
  2. iPhone wajib kena ada data plan internet. Ya,ia memang benar kerana tanpa data internet serupa tak payah pakai iPhone. Baik korang beli Nokia 3310 yang tak perlu (memang tak perlu pun)beli data internet. Baik korang beli telefon cap itik serati tu. Kalau setakat nak bajet mewah menunjuk-nunjuk kat orang baik tak payah. Buat orang meluat je tengok. Adanya data internet memudahkan anda membaca emel, update status Facebook, tweet Shila Amzah di Twitter  dan upload gambar di Instagram. Lagi satu, orang lain tunggu beli suratkhabar untuk mengetahui keputusan BPL tetapi orang yang ada iPhone cepat je dapat keputusan.Woha, seperti dunia ini saya yang punya. haha.
  3. iPhone tak ada radio. Ha, ini lagi satu saya nak ingatkan pada korang. iPhone memang tak ada radio. Kalau korang suka dengar radio sebelum nak melelapkan mata dan menunggu Komuter atau LRT tu baik tak payah pakai iPhone. Pakai telefon Nokia cap ayam serama pun dah dikira baik kerana ia tak perlu dibayar dan tak perlu kena caj data internet.  iPhone ada menyediakan aplikasi radio untuk didownload dan sudah pasti ia dinamakan radio internet. Dah namanya radio internet sudah tentu kena caj data internet.
  4. Kuasa bateri cepat kong dan weak. Sudah semestinya jika korang on data internet 18 jam tak termasuk waktu tidur 6 jam memang ia akan kong dan cepat habis.  Kenalah caj tiap-tiap hari. Ada tak korang tak cas sehari? Nokia 3310 pun tak cas 3 hari pun masih ada bar lagi. Itupun sayup-sayup je barnya. Masih boleh call or sms kan.
  5. Sensitif bila ia terjatuh. TER tau. TERJATUH. Jika sesiapa dah ada iPhone baik korang jaga ia baik-baik kerana ia sangat sensitif apabila ia jatuh ke lantai ke, jatuh dalam tandas ke atau jatuh tika keluar dari kereta. Korang pun sayang sangat kan dengan iPhone korang. Jadi, penyelesaiannya kena lah korang beli protector punya casing. Saya pernah guna Nokia 5800 XpressMusic yang pernah banyak kali jatuh tapi still boleh guna lagi. Saya tak pernah guna Sony Ericsson (sekarang Sony ) sebab saya tengok telefonnya bila ia jatuh semudah itu ia mudah rosak. So bad.
Itu sahajalah saya boleh kongsi pada korang yang newbie nak beli iPhone. Saya tau iPhone is the best. Jadi sebab itulah saya ingin memiliki gadget yang bernama iphone ini. Saya jatuh hati pada kualiti gambar yang ditangkap dari iPhone. Itulah kelebihannya. Setiap kelebihan tetap ada kekurangannya kan. Normal.

Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja di bawah dalam menjayakan 'Contest Tiga Iphone 5s untuk Dimiliki ' :D
  1) http://ejamothman.com/
  2) http://www.eridy.com/
  3) http://www.hilalazmi.com/
  4) http://eizil.com/
  5) http://alansarhealth.com/
  6) http://www.syuhada1981.com/
  7) http://www.diarymama.com/
  8) http://pendekarberkuda.org
  9) http://www.saji.my
10) http://abangensem.com
11) http://www.enveeus.com
12) http://www.pakarniaga.com/
13) http://anarm.net
14) http://www.daddydee.net
15) http://www.sunshinekelly.com
16) http://sweetkurma.com
17) http://awn.my
18) http://mawarmerah2008.com
19) http://www.blogieta.com/
20) http://www.broframestone.com
21) http://akmaomar.com
22) http://khairilmazri.com


















  • Tarikh terakhir hantar pada 11.59 pm, 24/8/2014
  • Pilih salah satu denaihati.com/banner di sini
  • Tinggalkan entry anda di sini

  • Jadinya saya berharap semua blogger boleh bersaing secara sihat. Sekian, Assalamualaikum w.b.t


    FOLLOW+ DASHBOARD♄