Carpal Tunnel Syndrome adalah penyakit yang terjadi pada pergelangan tangan serta jari yang disebabkan oleh tekanan yang berterusan pada bahagian tersebut. Dan biasanya sering berlaku kepada mereka yang sering menggunakan keyboard dan mouse.
Tanda-tanda penyakit ini ialah antara lain seperti sering rasa sengal pada pergelangan tangan dan juga jari tangan, terutamannya pada bahagian ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Dikatakan wanita mempunyai risiko 3 kali lebih mudah untuk terkena Carpal Tunnel Syndrome. Penyakit ini boleh mengakibatkan putusnya sendi pergelangan tangan sehingga tangan anda tidak dapat berfungsi bahkan mungkin tidak dapat digerakkan sama sekali.
Antara gejala/tanda-tanda awal lain yang anda boleh rasa sekiranya menghidapi penyakit ini ialah:
* Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari, telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa bahagian di telapak tangan
* Susah menggenggam atau mengepalkan tangan.
* Sering menjatuhkan barang